Friday, June 14, 2013

AS Malu Besar Rahsia Intip China Di Dedahkan!


Hubungan Amerika Syarikat dan China bakal teruji selepas bekas kontraktor Amerika mendedahkan bahawa intipan Washington terhadap Beijing menerusi sistem komputer berjalan sejak 2009.

Akhbar The South China Morning Post memaparkan laporan 
berdasarkan wawancara dengan Edward Snowden.

Merumitkan keadaan, sumber maklumat itu, Edward Snowden, 29, berada di Hong Kong dan berikrar untuk melawan sebarang langkah menghantarnya pulang.

Saya ada banyak peluang untuk lari dari Hong Kong tetapi saya akan terus berada di sini dan melawan cubaan Amerika kerana saya percaya kepada mahkamahnya" Edward Snowden, Bekas kontraktor

Snowden juga memberitahu akhbar South China Morning Post bahawa Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika (NSA) menggodam komputer di China dan Hong Kong sejak lima tahun lalu.

“Cara kes itu diuruskan adalah cabaran kepada hubungan Beijing dan Washington yang semakin baik kerana Snowden berada di wilayah China ketika suasana tegang dalam isu keselamatan siber,” kata China Daily.

Pendedahan itu memalukan Washington ketika ia meningkatkan tuduhan bahawa Beijing menyokong usaha menggodam.

Minggu lalu, Presiden Barack Obama dan Xi Jinping membincangkan isu itu dalam sidang dua hari di California.

Sementara itu, ketika mengulas ulasan mengenai tindakannya mendedahkan intipan rahsia itu, Snowden berkata: “Saya bukan pembelot atau wira. Saya warga Amerika.”

Snowden memberitahu akhbar South China Morning Post bahawa wujud 61,000 operasi menggodam oleh NSA di seluruh dunia menyasarkan berpuluh ribu komputer individu.

Di China dan Hong Kong, beratus-ratus sasaran dikenal pasti dan Snowden menyifatkan operasi itu satu bukti hipokrasi kerajaan Amerika apabila mendakwa tidak menjadikan infrastruktur awam sebagai sasaran.

Snowden menuduh kerajaan Amerika cuba membuli Hong Kong supaya mengusirnya sebelum dia sempat mendedahkan butir intipan sulit NSA terhadap sistem komunikasi kewangan dan perdagangan China.

Warga Amerika itu juga menegaskan bahawa beliau akan melawan sebarang cubaan ekstradisi.

“Saya ada banyak peluang untuk lari dari Hong Kong tetapi saya akan terus berada di sini dan melawan cubaan Amerika kerana saya percaya kepada mahkamahnya,” kata Snowden.

-AFP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon