Wednesday, May 15, 2013

Pegawai Jepun Samakan Wanita Asia Dengan Pelacur Di Kutuk!


Sehingga kini, masih ramai orang berfikir bahawa dalam situasi perang segalanya boleh terjadi secara mendadak tanpa sebarang perancangan, termasuk peristiwa pahit yang menimpa ratusan ribu wanita Asia yang menjadi mangsa dalam sistem perhambaan seksual oleh tentera Jepun.

Hamba seks
Gambar hiasan

Malangnya, masyarakat Jepun sendiri seolah-olah cuba mempertahankan kesalahan tentera mereka dengan berterusan cuba menfikan kejijikan perbuatan sadis ini.

Begitu juga Datuk Bandar Osaka, Toru Hashimoto, yang mencetuskan kemarahan rantau ini selepas mendakwa dasar tentera Matahari Terbit melacurkan wanita Asia sebelum dan sewaktu Perang Dunia Ke-2 adalah perlu.

Beliau berkata, ia bertujuan ‘mengekalkan disiplin’ anggota tenteranya selain memberi rehat kepada mereka yang mempertaruhkan nyawa dalam peperangan itu.

Komen yang dibuat itu mencetuskan kemarahan negara jiran yang diceroboh tentera Jepun dan sejak sekian lama tidak puas hati dengan kegagalan Jepun menebus semula kesalahannya ketika perang.

Malah, Hashimoto juga memberitahu bahawa tiada bukti jelas tentera Jepun memaksa wanita di negara berkenaan menjadi hamba seks kepada askar negaranya.

“Perkara itu mungkin perlu supaya disiplin dapat dikekalkan,” kata Hashimoto.

“Bagi askar yang mempertaruhkan nyawa mereka dalam keadaan mereka ditembak bertalu-talu, sistem hamba seks adalah perlu untuk memberi ketenangan kepada mereka. Ini jelas kepada sesiapa juga.”

Ahli sejarah berkata, lebih 200,000 wanita di Semenanjung Korea dan China dipaksa memberikan khidmat seks kepada tentera Jepun di tempat pelacuran tentera.

Seorang pegawai kerajaan Korea Selatan tidak dikenali memberitahu bahawa, amat mengecewakan seorang pegawai kanan Jepun membuat kenyataan menyokong jenayah kemanusiaan dan mendedahkan kurangnya pemahaman sejarah yang serius dan hormat kepada hak wanita.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon