Thursday, May 09, 2013

Wayne Rooney Keluar Ronaldo Masuk


Manchester United menegaskan Wayne Rooney bukan untuk dijual selepas penyerang England itu dikaitkan akan meninggalkan Old Trafford itu.


Seorang individu yang rapat dengan pengurus, Alex Ferguson beberapa minggu lalu berkata, Rooney dikatakan menyatakan hasrat mahu beralih dari kelab berkenaan.

Perbincangan mereka dikatakan diadakan sebelum Ferguson mengumumkan hasrat untuk bersara penghujung musim ini.

Lewat semalam, United mengeluarkan kenyataan bahawa Rooney bukan untuk dijual.

Rooney dikaitkan dengan meninggalkan United sejak dia terlepas daripada kesebelasan utama pada aksi kedua separuh akhir Liga Juara-Juara apabila United tewas kepada Real Madrid, Mac lalu.

Sementara itu, pembantu pengurus Real Madrid Aitor Karanka menafikan tentang laporan yang menyatakan Cristiano Ronaldo akan kembali ke Manchester United.

Ronaldo menjadi pemain utama bagi Real Madrid dan beliau telah menjaringkan gol ke 200 di Madrid setelah berpindah dari United pada tahun 2009.

"Real Madrid tempat yang baik untuk Ronaldo," kata beliau.

"Dia akan menjadi lebih baik dan Real Madrid paling sesuai baginya."

-SP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon