Sunday, May 12, 2013

Unik! Konsep Perkahwinan Seperti Zombie


Info Unik Dunia. Sepasang kekasih memilih konsep perkahwinan yang sangat unik. Mereka berkahwin dengan berpakaian sebagai mayat hidup atau yang biasa disebut zombie.


Jennifer Jones dan Rob Blackmore adalah peminat filem horror dan mereka membuat inisiatif berpenampilan seperti zombie pada pesta pernikahan mereka.

Blackmore mengatakan bahawa dia senang sekali melihat filem zombie. "Sejak saya masih kecil sudah senang melihat filem zombie," ungkap Blackmore, seperti dikutip Mirror.

"Game zombie pertama yang saya mainkan adalah Resident Evil. Dari sana saya menjadi penggemar berat zombie," tambah lelaki berusia 31 tahun ini.


Selain konsep perkahwinan yang unik, panitia pernikahan juga memberikan undangan kepada pemain bola sepak Luis Suarez untuk menghadiri pesta perkahwinannya setelah dia menggigit pemain Chelsea, Brainslav Ivanovic di pertandingan Liga Premier pada 21 April.

Lebih dari 250 orang datang ke majlis perkahwinan di Gereja One Mayfair di pusat bandar London. Pasangan kekasih dari Stockbridge, Liverpool, Inggeris ini dapat mewujudkan perkahwinan impiannya tersebut setelah memenangi pertandingan pada perilisan game zombie terbaru, Dead Island Riptide.


Jones dan Blackmore berjaya mengalahkan puluhan pasangan yang mengikuti pertandingan Dead Island Riptide tersebut.

Game Dead Island Riptide akan disediakan untuk Xbox 360, PS3 dan platform PC, dan mula dijual pada 26 April.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon