Saturday, May 18, 2013

Telefon Pintar Samsung Guna Sistem Operasi Windows Phone 8


Telefon pintar, Samsung ATIV S memberi kelainan dalam pengalaman dunia mobil dengan memberi pilihan sistem operasi, Windows Phone 8 selain Android kepada pengguna.


Peminat tegar jenama Samsung pasti dapat menerokai kelainan ATIV S melalui sistem operasi seperti antara muka untuk setiap paparan aplikasi.

Paling berbeza adalah pada bahagian Now yang boleh direka mengikut kehendak peribadi dan aplikasi mesej segera, ChatON yang ada pada semua model Samsung.

ATIV S mempunyai pemprosesan Dual Krait 1.5 gigahertz dan cip Qualcomm Snapdragon S4 bagi membolehkan prestasi melayari yang hebat, malah pada masa yang sama mampu menawarkan permainan video lebih lancar.

Model telefon itu juga didatangkan dengan Video Chat berdefinisi tinggi bagi memastikan tiada masalah ketika berhubung.

Ia juga mempunyai integrasi dengan fungsi Near Field Communications (NFC) yang membolehkan data dihantar dengan cara sentuh dan kirim.

-Kosmo

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon