Friday, May 17, 2013

Siti Nurhaliza Anggap Gurauan Sharifah Sakinah Gurauan Budak-budak


Semuanya bermula apabila pelakon Sharifah Sakinah menggunakan akaun medium sosial Keek aktres Anzalna untuk memuat naik sebuah video pada petang Jumaat lalu.


Ketika itu Sakinah dan Anzalna sama-sama sedang menjalani penggambaran drama bersiri drama bersiri, Orang Gaji IQ.

Menerusi video tersebut, Sakinah telah mengajuk suara Datuk Siti Nurhaliza seperti dalam iklan Jusco yang membabitkan Siti sebelum ini.

Impaknya ramai yang mengutuk tindakan Sakinah sebagai sengaja mencari publisiti murahan sehingga Sakinah akhirnya tampil membuat permohanan maaf secara terbuka menerusi media.

Siti turut memberikan respons terhadap kontroversi yang dicetuskan Sakinah itu.

Ujarnya: “Saya sudah mengetahui tentang video (Sharifah Sakinah) tersebut. Setahu saya, video tersebut hanya mengajuk cara suara saya membuat voice over untuk iklan Jusco.

“Saya tidak ambil hati kerana saya anggap Sakinah mungkin sekadar ingin bergurau.”

Tambah Siti: “Saya anggap ia sekadar gurauan budak-budak dan isi kandungan seterusnya tidak ada kena-mengena dengan diri saya.”

Siti ditemui baru-baru ini pada majlis pelancaran klip video single terbaharunya, Galau di Kuala Lumpur.

-Kosmo

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon