Friday, May 17, 2013

Saiful Bukhari Bakal Nikah Nik Suriani Pengacara TV3


Saiful Bukhari Azlan hari ini mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang bersama gadis pilihan yang juga merupakan seorang personaliti televisyen Nik Suriani Megat Deraman.

Saiful Bukhari Azlan, Nik Suriani Megat Deraman.

“Ya, berita itu benar,” katanya ketika dihubungi.

Majlis perkahwinan bakal dilangsungkan di Kuala Terengganu pada 25 Mei ini di sebelah perempuan.

Manakala majlis resepsi di sebelah pihak lelaki akan dibuat pada 2 Jun ini di Kuala Lumpur.

Nik Suriani dalam persalinan pertunangannya pada 20 Oktober lalu.

Ketika ditanya mengenai usia perkenalan pasangan ini, Nik Suriani berkata, kedua-duanya sudah saling mengenali sejak dua tahun lalu.

“Kami bertunang pada 20 Oktober lalu,” jawabnya ringkas.


Melalui satu video ketika temubual antara DSAI 2 tahun lalu kita dapat lihat sedikit krisis antara DSAI dan wartawan bernama Nik Suryani ini. Untuk makluman pada masa ini Nik Suryani lebih dikenali sebagai pengacara dalam rancangan “Terengganu Kita”.

-Sinarharian/Syokgallery

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon