Friday, May 03, 2013

Pembongkaran Video Superimposed Sumpah Laknat Saiful Bukhari?


Sebelum ini, kita dikejutkan dengan GEMPAR! SAIFUL BUKHARI SUMPAH LAKNAT DEPAN KAABAH! yang dipublish 3 hari sebelum pilihanraya. Nampaknya, terdapat konspirasi untuk menjatuhkan pemimpin pembangkang.


Kemudian, terdapat pengkaji iaitu seorang ustaz yang mendedahkan BUKTI PENIPUAN VIDEO SAIFUL BUKHARI SUMPAH LAKNAT 2 DEPAN BAITULLAH! di mana terdapat superimposed dan gambar bertindih pada video sumpah laknat Saiful Bukhari ini. Ketika Saiful bercakap dengan sumpah laknat beliau, ternyata suaranya amat kuat melebihi kesibukan Kaabah itu sendiri.

Sekarang, kita akan melihat pembongkaran video sumpah laknat Saiful Bukhari ni versi Le Harmonies Studio yang begitu jelas menyatakan bukti-bukti yang kukuh.



Nak percaya atau tidak, terpulang kepada rakyat sendiri untuk menilai kebenaran.

[Sumber]

5 comments

  1. mamat ni terdesak sgt ker????? boleh buat main2 ek....islam apa macam ni...juz on ic ja....subhanallah

    ReplyDelete
  2. KEPADA SEMUA UMAT ISLAM SILA BERI PERHATIAN DAN RENUNGKANLAH FIRMAN ALLAH ( INI TERJEMAHAN AYAT QURAN - JANGAN SAMPAI JATUH KUFUR SEKIRANYA MEMPERMAINKAN SUMPAH LAKNAT (MUBAHALAH) ATAU TIDAK MEMPERCAYAINYA DAN MEMPERSENDAKAN ORANG YANG BERANI MELAKUKANNYA.KEPADA SEMUA PENGIKUT PKR SILA AMBIL IKTIBAR DARI FIRMAN ALLAH DAN BUANGKAN PERASAAN TAKSUB ANDA, JANGAN GADAIKAN ISLAM HANYA UNTUK POLITIK KELAK ANDA YANG AKAN MENERIMA LAKNAT SEKIRANYA MERAGUI AYAT YANG ALLAH TELAH WAHYUKAN. INSYALLAH ANDA AKAN DIRAHMATI ALLAH SEKIRANYA MENERIMA NYA DENGAN HATI YANG IKHLAS.
    PENDAPAT DAN HURAIAN OLEH PROF MADYA DR MOHD. RADZI
    Dalam Surah al-Imran Ayat 61 Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan ) kamu, maka katakanlah (kepadanya): “Marilah kita memanggil anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan- perempuan kamu, dan diri kami serta diri kami, kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta. Ia memang janji Tuhan. Melalui Ayat 61 Surah al-Imran itu juga pada perenggan yang terakhir, dinyatakan “kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta.”Apabila kita bermubahalah, Allah akan memberi balasan buruk kepada mereka yang berdusta. Apabila kedua-dua belah pihak bermubahalah, mesti ada salah satunya benar dan salah satunya tidak benar. Melalui ayat itu, Allah menjanjikan balasan buruk kepada pihak yang tidak benar. Daripada kes-kes sumpah yang berlaku, ulama-ulama hadis ada merakamkan beberapa kes. Kata Ibn Hajjar, akibatnya tidak melebihi tempoh satu tahun. Tidak melebihi tempoh dua bulan pun ada. Namun di kalangan pengikut Ahli Sunah Wal Jamaah, mubahalah dilafazkan hanya pada kes-kes yang serius dan pada kes-kes yang besar sahaja. Itu pun selepas dirujuk dengan pelbagai cara lain yang perlu diusahakan untuk menyelesaikan perbalahan dua pihak tadi. Jika ia masih tidak selesai, akhirnya barulah dirujuk kepada cara mubahalah. Antara yang mungkin boleh berlaku seperti kematian secara mengejut atau sakit berpanjangan atau lain-lain. Sumpah biasa sekalipun, kalau tidak benar, ia sudah merupakan satu dosa besar dan orang yang berdusta perlu bertaubat. Mubahalah tentunya lebih serius kerana ia bermaksud laknat Tuhan iaitu dijauhkan daripada rahmat Tuhan. Jadi bila kita dijauhkan daripada rahmat Tuhan, rahmat siapa lagi yang kita harapkan? Dalam mubahalah, kita dijanjikan dengan balasan laknat. Ia boleh berlaku dalam pelbagai bentuk iaitu laknat Allah, laknat Nabi dan laknat para mukminin. Maknanya sumpah itu meminta pihak yang berkenaan dijauhkan daripada rahmat Tuhan.Manusia dinaungi rahmat Tuhan dan Tuhan memberikan rahmat kepada sesiapa yang dikehendakinya, tidak kira Islam dan bukan Islam. Dalam sumpah laknat, rahmat itu akan dijauhi daripada orang yang berdusta. Apabila kedua-dua pihak bersetuju untuk bermubahalah maka pihak yang berkenaan perlu bersumpah dengan lafaz Waallahi, Wabillahi dan Wataallahi dan kemudian terus menyebut masalah yang dimaksudkan dan pada akhirnya dengan menyatakan laknat Allah kepada mereka yang berdusta atau laknat Allah terhadap dia yang bersumpah andai kata dia berdusta.

    ReplyDelete
  3. Ni baru la bahhllooollll n badigolllll. Skrg ni semua manusia berani da main2 dengan kuasa Allah. Klu cam ni la. X lama lagi Allah turunkan bala la kepada suku kaum yang angkuh dan melangar serta mempermainkan kekuasaannya. Na'uzubillah...

    ReplyDelete
  4. Semoga Allah tunjukkan kepada kita kebenaran di dunia ini lagi..

    Maksud firman Allah: Sesungguhnya orang-orang yang memecah belahkan agamanya dan mereka (terpecah) menjadi beberapa golongan, tidak ada sedikitpun tanggungjawabmu terhadap mereka. Sesungguhnya (urusan) mereka hanyalah terserah kepada Allah, kemudian Allah akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka perbuat. [Al An'aam:159]

    ReplyDelete
  5. Org kulit gelap tak hilang la...cuba tgk gambar sblm anak panah tu...dia bergerak ke kiri. Agak2 la...jgn jadi dajjal

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon