Saturday, May 18, 2013

Pelajar Kolej Swasta Trauma Di Liwat Pencuri


Seorang pelajar lelaki sebuah kolej swasta trauma selepas dikatakan diliwat seorang lelaki tidak dikenali ketika tidur di rumahnya di kondominium Jalan Prima Setapak, Genting Kelang di sini, kelmarin.

Gambar hiasan

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, mangsa dikatakan tidur bersendirian berikutan lapan lagi rakannya tiada di rumah sebelum terjaga akibat terkejut dengan kehadiran suspek yang tiba-tiba mengacukan pisau ke badannya.

Menurut sumber, suspek yang dipercayai berusia lewat 20-an itu kemudian menutup mata mangsa menggunakan sehelai kain bagi mengelak dicam sebelum menanggalkan seluar pelajar berkenaan.

Suspek mengikat tangan pelajar terbabit menggunakan tali seluarnya di katil dan mengugut mangsa supaya diam.

Suspek turut melakukan seks oral sebelum memaksa pelajar itu melakukan perkara sama kepadanya, katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Sumber memberitahu, suspek meliwat mangsa kira-kira sejam dan mengugut akan membunuh seluruh keluarga pelajar itu jika dia membuat laporan polis, sebelum meninggalkan mangsa.

Katanya, mangsa kemudian dapat membuka ikatan sebelum ke balai polis Setapak untuk membuat laporan.
Hasil siasatan mendapati mangsa tidak mengecam suspek kerana masalah rabun jauh dan matanya ditutup sepanjang kejadian.

Mangsa tidak melawan akibat ketakutan. Dia hanya mendapati suspek seorang yang buncit dan dipercayai memakai kondom, katanya.

Difahamkan, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairy Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Sehingga kini masih tiada tangkapan dan siasatan giat dijalankan, katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 377(c) Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabii secara paksa.

-Bharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon