Tuesday, May 07, 2013

Megan Fox Bakal Berlakon Filem Hindi


Dulu, Sylvester Stallone and Denise Richards dilihat pernah membintangi filem Akshay Kumar, Kambakkht Ishq pada 2008, manakala Samantha Fox pula membuta penampilan dalam filem Govinda, Rock Dancer (1995).


Kali ini, berkemungkinan ada seorang lagi pelakon Hollywood yang wajahnya bakal dilihat di dalam filem Hindi. Dia tidak lain tidak bukan adalah si seksi Megan Fox yang pertama kali ditampilkan dalam filem Transformer bersama Shia LaBeouf.

Pengarah filem Rajeev Jhaveri telah pun memaklumkan mengenai hal ini. Katanya, dia sendiri yang telah menawarkan Megan Fox untuk berlakon di bawah filem arahah pertamanya, Fever yang akan turut diarahkan bersama oleh Ravi Aggarwal dan Mahesh Balakundari.

"Melalui agensi Megan Fox iaitu ICMPartners, saya telah pun menawarkannya untuk berlakon dalam filem ini. Saya tak dapat nyatakan lagi jalan cerita filem ini secara sepenuhnya.

"Namun, Fever adalah sebuah filem yang berkonsepkan suspen thriller dan bakal menjalani penggambaran di Switzerland. Berdansarkan kepada skrip dan jalan ceritanya, ia memang memerlukan wajah pelakon antarabangsa," katanya.

Menurut Rajeev Jhaveri lagi, dia sendiri tidak tahu apakah Megan Fox akan bersetuju atau tidak untuk menerima tawaran berlakon dalam filem tersebut.

"Namun, apa yang saya tahu Megan serta teamnya agak berminat serta sedang serius mempertimbangkan tawaran tersebut. Malah, apa yang saya diberitahu juga, Megan nampaknya cukup teruja untuk menjadi sebahagian daripada produksi filem ini.

"Ianya terbukti apabila pihak agensinya telah meminta syarikat produksinya untuk memghantar surat tawaran rasmi kepada Megan serta teamnya," katanya lagi.

-Murai

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon