Wednesday, May 15, 2013

Kanser Pada Payudara Angelina Jolie Berjaya Di Buang


Pelakon Hollywood terkenal, Angelina Jolie telah menjalani pembedahan ‘double mastectomy’ bagi mengurangkan peluang mendapat kanser payudara.


Angelina berkata, doktor yang merawatnya memberitahu bahawa dia mempunyai 87 peratus peluang mendapat kanser payudara dan 50 peratus kanser ovari.

“Saya buat keputusan untuk menjadi proaktif dan meminimakan risiko itu sebanyak mungkin,” katanya kepada New York Times.

Menurut Angelina, proses itu bermula Februari lalu dan selesai pada akhir April lalu.

Dalam artikel bertajuk, ‘My Medical Choice’, Angelina menjelaskan tentang mendiang ibunya yang bertarung dengan kanser hampir sepuluh tahun dan meninggal pada usia 56 tahun.

Angelina juga meyakinkan anak-anaknya bahawa penyakit sama tidak akan mengambilnya dari sisi anak-anak.

Apabila mengetahui mengenai kemungkinan penyakit kanser itu, Angelina telah mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan selama sembilan minggu itu.

Tambah Angelina, peluangnya untuk mendapat kanser payudara kini hanya 5 peratus.

Angelina sempat menasihatkan wanita di luar sana bahawa mereka mempunyai pilihan.

“Untuk semua wanita yang membaca ini (artikel), saya harap ia membantu anda untuk mengetahui bahawa anda mempunyai pilihan.

“Saya ingin menggalakkan setiap wanita, terutama yang mempunyai sejarah kanser payudara atau ovari dalam keluarga untuk mencari maklumat dan bertemu pakar yang boleh membantu,” katanya.

-Sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon