Thursday, May 16, 2013

Giler! Kerusi Berbayar Di Taman Rekreasi


Pernahkah terlintas di fikiran anda kerusi rehat ditempat awam dikenakan bayaran? Sudah pasti tidak bukan. Tapi inilah yang berlaku. Betullah apa orang kata tak ada benda free pun dalam dunia ni.


Apa sahaja benda yang kita mahu gunakan pasti di kenakan bayaran. Masuk tandas pun kena bayar 20 sen. Yang mengejutkan kerusi ditempat awam juga dikenakan bayaran.

Pasti mengejutkan anda, ketika berjalan-jalan ditaman ataupun tempat beriadah dan anda pun ingin duduk berehat setelah melayani keindahan alam. Namun ketika hendak duduk anda perlu mengenakan bayaran terlebih dahulu. Tapi inilah realitinya.


Jika anda berkunjung ke taman rekreasi di Berlin, German pasti anda akan terlihat kerusi berbayar ini. Sesiapa yang ingin duduk di kerusi perlulah memasukkan duit syiling dalam mesin duit yang disediakan bersebelahan kaki kerusi itu.

Setelah memasukkan syiling, secara automatik paku yang terpacak kat atas kerusi tu akan hilang dan anda boleh duduk berehat dengan selamatnya.


Yang paling menariknya. Apabila tempoh masa duduk sudah habis, kerusi itu akan beri amaran dengan berbunyi. So pandai-pandai lah korang bangun ya kalau tak nak kena cucuk dengan paku tu.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon