Saturday, May 18, 2013

Gempar! Cimpanzi Serang Tentera Afrika Selatan Dengan AK-47


Video di bawah ini menunjukkan situasi di mana sekumpulan tentera di Afrika Selatan cuba mengusik seekor cipanzi dengan memberikannya selaras senapang model AK-47.


Namun berlaku kejadian di luar jangkaan mereka apabila cipanzi itu telah memetik picu senapang itu menyebabkan tentera-tentera itu panik dan bertempiaran lari dari kawasan terbabit.

Itulah jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Nampaknya cipanzi itu lagi pandai dari manusia.

Ia tidak mensia-siakan peluang untuk mengusik kembali tentera-tentera tersebut dengan tembakan rambang yang dilepaskannya.

Semua tentera itu bernasib baik apabila tiada seorang pun yang tercedera akibat insiden melucukan ini.



Lain kali fikir dulu sebelum menyerahkan benda-benda berbahaya seperti itu tidak kiralah sama ada kepada manusia mahu pun haiwan kan.

-Mynewshub

1 comment

  1. "Nampaknya cimpanzi itu lagi pandai dari manusia"... manusia drp kaum mana yg akal dia lebih rendah drp cimpanzi tu? minta tlg admin jelaskan.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon