Thursday, May 09, 2013

Benarkah Facebook Boleh Menyebabkan Seseorang Menjadi Gila?


Benarkah laman sosial Facebook mampu mengubah seseorang itu menjadi gila dan kuat berkhayal?

Facebook mampu mengubah seseorang itu menjadi ketagih.

Menurut saintis Israel, seseorang itu akan menghidapi sejenis simptom psikotik yang mengundang ketagihan kepada penggunaan internet sekali gus menjadikan mereka kuat berkhayal akibat perhubungan maya dalam rangkaian laman sosial itu.

Ketua pengkaji dari Universiti Tel Aviv, Doktor Uri Nitzan berkata, hasil ujian awal mendapati majoriti pesakitnya mengalami masalah kemurungan sungguh pun mereka tidak memiliki sejarah gangguan mental.

"Apabila akses internet menjadi semakin meluas dan mudah, secara tidak langsung satu dimensi psikotik wujud membabitkan komunikasi berkomputer seperti Facebook dan laman sembang yang memudahkan penggunanya terjebak ke arah masalah mental," kata Nitzan yang juga pensyarah di Fakulti Perubatan dan Pusat Kesihatan Mental Shalvata.

Akibat daripada kemurungan juga, pesakit lebih selesa berkomunikasi secara virtual sekali gus mencetuskan masalah kuat berkhayal yang diciptakan sendiri oleh mereka.

-Sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon