Wednesday, April 24, 2013

Di Usir Kerana Terlalu Tampan!


Gara-gara mempunyai wajah yang terlalu kacak, 3 orang pemuda Timur Tengah yang sedang melawat sebuah gerai di Festival Kebudayaan Timur Tengah Genaderia di ibu negara Arab Saudi dihantar pulang petugas. Ketiga-tiganya telah di bawa keluar oleh polis Syariah Arab Saudi setibanya di arena festival yang pada 14 April 2013.

Di Usir Kerana Terlalu Tampan

3 Pemuda Arab itu ditangkap kerana dianggap terlalu tampan. Polisi Syariah bimbang penampilan mereka boleh membuat wanita yang datang ke festival menyukai dan mengagumi mereka," tulis laman berita Arab Elaph yang juga disiarkan oleh Bubble News.com (18/4/2013).

Menurut media tersebut, ketiga-tiga pemuda tampan itu dihantar pulang dari Arab Saudi ke Abu Dhabi.

Insiden di sebuah gerai milik warga Arab Saudi itu juga tidak hanya melibatkan 3 pemuda kacak, tetapi juga melibatkan penyanyi wanita cantik dan terkenal di negara itu, Aryam.

Aryam mengaku tidak berniat untuk menyanyi ketika festival itu berlangsung, sebaliknya dia datang sebagai wakil penyanyi dari Abu Dhabi. "Saya mengunjungi pavilion Arab sebagai anggota delegasi. Saya berada di sana kira-kira 20 saat dan tidak berniat untuk menyanyi," kata Aryam.

Walau bagaimanapun, wakil dari UAE dalam festival mengatakan kunjungan Aryam tidak dirancang sama sekali.

"Murni kunjungan Aryam di luar jadual, kerana jadual tidak termasuk dalam program yang kita serahkan kepada penganjur festival," kata Ketua delegasi UAE, Saeed Al Kaabi.

Gabenor Riyadh telah memerintahkan siasatan keatas kes tersebut.

Semoga memberi manfaat.

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon