Thursday, April 25, 2013

Wawa Zainal Di Hantui Penyakit Misteri


Baru sahaja dinobatkan sebagai Artis Baru Wanita Popular di ABPBH2012, Wawa Zainal telah pun berkongsi cerita mengenai penyakit misteri yang menghantui dirinya. Seram juga membaca kisah Wawa Zainal. Terasa macam membaca novel seram pulak.


Sedikit sedutan kata-kata daripada Wawa Zainal mengenai penyakit misterinya yang dikeluarkan di BiPop:-
Semuanya berpunca daripada kakak. Benda itu singgah sekejap dalam badan saya. Apabila benda itu masuk dalam badan, saya bercakap atau berinteraksi menggunakan suara orang lain. Saya sendiri tak tahu apa benda yang masuk dalam badan saya itu, ada yang cakap keturunan. Adik beradik yang lain kena sekejap-sekejap, cuma kakak saya yang sulung itu, dia paling lama terkena penyakit ni, lama dia menderita.

Kalau ikut pengetahuan kita, mungkin benda itu dipanggil saka. Kesian Wawa Zainal. Sampai tak ada selera makan dan kurus kering dibuatnya. Nasib baiklah sudah semakin pulih selepas berubat dengan ustaz. Yang seramnya kalau benda itu ada dalam badan Wawa, suara yang keluar seolah-olah suara bayi, suara makcik atau suara pakcik. Takut kan?


Semoga satu hari nanti benda itu akan hilang dan tidak menganggu Wawa Zainal lagi.

[Sumber]

1 comment

  1. Mungkin juga saka drp org tua dulu2. Seeloknya Wawa jangan berlakon dulu cerita2 seram kerana berkemungkinan susah nak pulih, pendapat kakpb ler.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon