Thursday, April 18, 2013

Sony Bravia W TV Internet Baru SONY


Sony memulakan langkah suku kedua tahun ini dengan cubaan memasarkan model TV Internet baru dari segmen Bravia yang sekali gus melonjakkan imej syarikat di mata industri hiburan khusus dengan pengenalan model W baru.


Model W termasuk W904A, W954A, W804A, W704A dan W674A.

Kesemua model terbabit dilengkapi sambungan WiFi selain dilengkapi pemprosesan imej jenis X-Reality PRO yang memastikan paparan TV memancarkan imej terperinci dengan warna sebenar tidak kira dari sumber mana kandu­ngannya disiarkan.

Ia sekali gus memastikan pengguna memperoleh visual terbaik sekiranya memainkan video dari telefon pintar terus ke TV.

Selain itu, ia turut dilengkapi Motionflow XR yang disesuaikan bagi program TV aksi atau game bagi mengelakkan imej bergerak laju menjadi kabur apabila disiarkan.

Dua model, W904A dan W954A didatangkan khusus dengan sistem pencahayaan TRILUMINOS Display LED yang memaparkan ton warna mewah, autentik dan elusif dengan menyepadukan teknologi Quantum Dot bagi warna asal.

Spesifikasi Sony

Produk: Sony Bravia W
Model: W904A, W954A, W804A, W704A dan W674A.

Harga: RM9,999, RM8,999 (46inci) & RM12,999 (55inci), RM3,499 (42inci) & RM4,699 (47inci), RM3,499 (46inci) & RM4,499 (50inci), RM1,699 (32inci) & RM2,399 (42inci)

Enjin: X-Reality PRO
Audio: 10W + 10W, Dolby
Sokongan: Skype, MHL, Mirroring, Opera, WiFi, cermin mata 3D
Sambungan: HDMI

-Hmetro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon