Thursday, April 18, 2013

Pengecas Handphone Tanpa Perlu Cas Elektrik


Kehabisan bateri telefon bimbit di saat keadaan yang amat memerlukan mungkin merupakan suatu mimpi ngeri buat pengguna telefon bimbit pintar di luar sana.


Kini, anda tak perlu susah hati lagi kerana terdapat sejenis alat pengecas mirip power bank, namun tidak memerlukan sebarang tenaga elektrik untuk mengekalkan ia aktif sepanjang masa. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah mengecas dengan memutarkan engkol yang disediakan pada alat tersebut.

Alat pengecas mudah alih yang dikenali sebagai SOSCharger ini telah direka untuk membolehkan pengguna mengecas telefon bimbit mereka dengan engkol tangan yang mudah. Alat unik ini telah dijual dengan harga USD$35 sahaja.


Di samping memperoleh tenaga daripada engkol tangan, ia juga berfungsi sebagai bateri mudah alih 1500mAh atau power bank yang boleh dicas semula. Pada asasnya, ia direka bagi menyimpan bateri yang dikenakan supaya ia bersedia di saat anda memerlukannya.

Dengan mengecas menggunakan engkol tangan yang disediakan selama 3-5 minit, ia dapat menyediakan masa untuk anda bercakap kira-kira 5-12 minit. Alat ini juga disediakan dengan penyambung USB bagi mengecas bateri tersebut.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon