Saturday, April 20, 2013

Pelacur Antara Senarai Calon Tanding Pilihan Raya Pakistan


Pakistan menerima 23,000 senarai nama calon yang berhasrat bertanding dalam Pilihan Raya Pakistan, bulan depan.

Gambar hiasan

Media tempatan melaporkan, selain tokoh politik dan akademik, golongan penari, pengemis dan pelacur antara yang mencuba nasib.

“Dari jumlah itu hanya tujuh bakal dipilih dan menjadi calon rasmi pada pilihan raya tersebut,” menurut laporan itu.

Laporan turut memetik, golongan penari, pengemis dan pelacur yang mahu bertanding sudah pun berkempen tentang kesamaan hak di negara konservatif itu.

Seorang calon bebas, Sanam Faqeer dari selatan Sukkur berkata, golongan tidak berkepentingan adalah kumpulan lebih telus dan jujur dalam menunaikan janji dan memperjuangkan hak rakyat.

“Kami tidak perlu mencuri duit rakyat untuk mengumpul kekayaan peribadi bagi kepentingan keluarga sendiri,” katanya dalam laporan

-AFP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon