Sunday, April 07, 2013

Panas! Tian Chua Kena Halau Ketika Lawat Sabah!


Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua Chang didakwa tidak dibenarkan memasuki Sabah pada Ahad.


Sebaik beliau mendarat di Kota Kinabalu pada pukul 11.05 pagi, Jabatan Imigresen Sabah mengarahkannya untuk kembali ke Kuala Lumpur.

Beberapa laporan mendakwa beliau diberitahu kerajaan Sabah telah mengeluarkan larangan kemasukan terhadapnya.

Selepas itu, beliau meninggalkan Sabah.

Dalam laman Twitternya, Ahli Parlimen Batu itu memberitahu beliau kini dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

–mStar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon