Wednesday, April 17, 2013

OMG! Hakim Hukum Diri Sendiri


Seorang hakim di Amerika Syarikat (AS), Raymond Voet membayar denda sebanyak AS$25 (RM76) ekoran perbuatannya sendiri.


Voet membayar denda itu kerana beliau menghina mahkamah selepas bunyi telefon pintarnya mengganggu perbicaraan yang dikendalikannya.

Portal berita Sentinel-Standard of Ionia and MLive.com melaporkan, Voet telah melaksanakan peraturan bahawa pemilik peralatan elektronik akan dikenakan tindakan menghina mahkamah jika gajet mereka mengeluarkan bunyi sekali gus mengganggu perbicaraan.

Namun, pada Jumaat lalu, telefon pintar baharu Voet berbunyi semasa beliau menghakimi satu perbicaraan.

“Saya berasa terlanggar telefon itu dan ia mula mengeluarkan bunyi bising,” katanya.

Bunyi itu meminta supaya arahan bersuara diberikan.

Menurut Voet, beliau sebelum ini menggunakan telefon BlackBerry. Menurutnya dia tidak biasa dengan operasi telefon baharu yang mempunyai skrin sesentuh.

“Ia merupakan satu alasan tetapi saya tidak akan menerima alasan seperti itu.

“Mahkamah merupakan tempat serius yang perlu dihormati,” kata hakim tersebut.

Semasa waktu perbicaraan berhenti rehat, Voet menjatuhkan hukuman menghina mahkamah terhadap dirinya sendiri dan membayar denda tersebut.

“Hakim-hakim merupakan manusia. Mereka tidak berada di atas undang-undang.

“Saya melanggar undang-undang dan saya perlu hidup dalam peraturan,” katanya.

–AP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon