Thursday, April 04, 2013

Nenek 94 Tahun Ikut Bertanding PRU-13


Tok Mun atau nama sebenarnya, Maimun Yusof, 94, calon paling tua yang menjadi tumpuan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 2008, dijangka bertanding semula pada PRU-13.


Ia berikutan kehadiran beliau di Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini, jam 10 pagi tadi, dipercayai bagi mengambil borang pencalonan.

Beliau dilihat datang berseorangan dan meninggalkan pejabat SPR dengan menaiki sebuah van.

Pada PRU Ke-12, Tok Mun bertanding sebagai calon Bebas bagi Parlimen Kuala Terengganu dengan menggunakan simbol kunci, menentang calon Barisan Nasional (BN), Allahyarham Datuk Razali Ismail dan PAS, Mohamad Sabu.


Bagaimanapun, warga emas itu yang mencari pendapatan dengan menjaja kain dan jeruk buah-buahan menaiki basikal, tewas di tangan calon BN apabila hanya meraih 685 undi.

-Bharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon