Sunday, April 14, 2013

Mark Zuckerberg Bina Laman Web Politik


Ketua pegawai eksekutif laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg bekerjasama dengan pemimpin di Silikon Valley, California melancarkan kumpulan politik di dalam laman sosial itu bertujuan menyusun semula dasar imigresen, meningkatkan taraf pendidikan dan menggalakkan pelaburan dalam penyelidikan saintifik.

Mark Zuckerberg ketika bercakap pada persidangan 
TechCrunch Disrupt di San Fransisco, semalam.

Dipetik AP, Zuckerberg berkata, Amerika Syarikat memerlukan pendekatan baru kepada isu-isu ini sekiranya mahu mempunyai ekonomi mampan dan jitu.

“Pembangunan ekonomi dapat dicapai melalui penawaran tenaga mahir kepada pendatang dari mana-mana kewarganegaraan,” katanya.

Menurutnya, dasar dan rang undang-undang imigresen yang ada kini perlu diubah supaya lebih komprehensif.

-Sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon