Tuesday, April 16, 2013

Malaysia Juara Piala Axiata 2013


Malaysia berjaya merangkul kejuaraan Kejohanan Badminton Piala Axiata buat kali pertama apabila menundukkan Thailand 3-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Cheras.


Malaysia berjaya menebus kekecewaan peminat tanah air dengan memenangi Piala Axiata 2013 ini setelah gagal merangkul kejuaraan pada edisi lepas.

Kejohanan badminton ini menawarkan hadiah keseluruhan AS$1 juta (RM3.1 juta).

Dengan kejayaan ini, Malaysia membawa pulang AS$400,000 (RM1.24 juta) manakala Thailand menerima AS$200,000 (RM620,000).

Malaysia bermula perlahan dengan gagal mengutip mata pertama apabila pemain perseorangan wanita, Sonia Cheah tewas di tangan Ratchanok Inthanon 16-21 dan 17-21.

Bagaimanapun Malaysia menyamakan kedudukan menerusi beregu campuran Goh Liu Ying/Chan yang menundukkan Sudket Prapakamol/Saralee Thoungthongkam 21-16 dan 21-15.

Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei nyata tidak menghadapi masalah apabila mudah memberi mata kedua kepada Malaysia dengan mengetepikan Tanongsak Saensomboonsuk 21-12 dan 21-18.

Akhirnya, Malaysia memperoleh mata kemenangan apabila Koo Kien Keat/Tan Boon Heong berjaya mengekang kehebatan Boonsak Ponsana/Songphon Anugritayawon dengan 21-10 dan 21-17.

-Sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon