Tuesday, April 02, 2013

Kirsten Dunst Mengaku Jijik Bercium Dengan Brad Pitt


Bercium dengan aktor Brad Pitt semestinya menjadi idaman buat para peminatnya, namun tidak bagi Kirsten Dunst yang menganggap ia adalah perkara yang menjijikkan.

Kirsten dan Brad menerusi filem Interview With The Vampires.

Kirsten memberitahu kepada majalah Bullet, ketika usianya 11 tahun, dia sudah pun bergandingan dengan Brad menerusi filem Interview With The Vampires, namun cukup tidak senang dengan adegan cium yang perlu dilakukannya itu.

"Semua orang berkata 'kau sangat beruntung kerana dapat mencium Brad Pitt', tetapi saya pula menganggap ia perkara yang sangat menjijikkan.

"Kerana itu saya menjadi geli dan tidak mencium lelaki lain sehinggalah usia 16 tahun, ketika mempunyai teman lelaki pada waktu itu," katanya.

-mStar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon