Sunday, April 14, 2013

Kerja 'Over Time' Dibayar Dengan Nyawa


Seorang pekerja Toyota Motor Corp meninggal dunia akibat kerja berlebihan selepas beliau melakukan kerja lebih masa (over time) selama 106 jam sebulan, kata seorang hakim yang mengubah keputusan awal sebuah kementerian yang enggan membayar pampasan kepada balunya.


Pejabat Pemeriksaan Piawaian Buruh Toyota, satu cawangan setempat bagi kementerian buruh Jepun, enggan membayar pampasan kepada balu lelaki itu dengan alasan lelaki tersebut hanya bertugas 'over time' 45 jam dalam bulan berkenaan sebelum beliau meninggal, kata laporan media Jepun.

Namun, mahkamah memutuskan bahawa pekerja itu telah bertugas melebihi waktu itu.

-SP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon