Tuesday, April 16, 2013

Keputusan Undian ABPBH2012 Adi Putra Kena Sabotaj?


Baru seminggu ABPBH2012 berlangsung, hari ini kecoh di Twitter apabila peminat Adi Putra mempertikaikan keputusan yang telah diumumkan. Penganjur majlis tersebut, Kak Cham telah diminta memberi penjelasan mengenai jumlah undi sebenar yang diterima oleh para pemenang ABPBH2012.


Tambah mengkagumkan apabila peminat Adi Putra turut sama berkongsi gambar-gambar suratkhabar Berita Harian yang mereka beli semata-mata untuk mengundi pelakon kegemaran mereka itu.


Menurut Kak Cham pula, sebelum keputusan diumumkan, pihak Media Prima telah melakukan audit untuk memastikan keputusan adalah telus. Namun jawapan tersebut masih tidak memuaskan hati para peminat Adi Putra.

Mungkinkah banyak undi yang rosak? Mungkinkah ada konspirasi pengiraan undi?


Sama-sama kita nantikan penjelasan daripada mereka yang terbabit.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon