Sunday, April 14, 2013

Giler! Kereta Peronda Polis Pakai Lamborghini


Dubai, sebuah bandar kaya di Emiriah Arab Bersatu mengorak satu lagi langkah ke hadapan apabila menggunakan model kereta sport Lamborghini Aventador bernilai £294,665 (RM1.4 juta) sebagai jentera peronda polis dalam bandar.

Model Lamborghini Aventador diperkenalkan sebagai 
kereta peronda polis Dubai pada tahun ini.

Dipetik MailOnline, jurucakap pihak berkuasa Dubai berkata, kereta peronda polis mewah itu mula digunakan sejak bulan lalu dan telah diubah suai menjadi kereta peronda berkuasa tinggi dan mampu mengejar penjenayah di kawasan lebuh raya.

"Pihak berkuasa Dubai membuat keputusan menggunakan model Aventador sebagai jentera terbaru dalam membanteras jenayah jalanan kerana ia mampu memecut 217 kilometer sejam," katanya.

Pihak berkuasa Dubai juga telah menyebarkan berita mengenai pemilihan rekaan model kereta terbaru untuk diguna pakai sebagai jentera peronda ke laman sosial tempatan.

Tahun lalu, Polis Dubai mengguna pakai model pacuan empat roda, Kia Mohave sebanyak 50 unit dan 35 daripadanya dijadikan sebagai jentera peronda polis.

-Sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon