Tuesday, April 16, 2013

Giler! 10 Juta Rakyat China Menghidap Penyakit Pelik


Hampir 10 juta penduduk China menghidap penyakit pelik dan berdepan kesukaran untuk menerima diagnosis dan rawatan sesuai, kata seorang pakar perubatan.

Gambar hiasan

Bercakap dalam satu persidangan berkaitan penyakit jarang ditemui di sini, Timbalan Pengarah Hospital Pertama Universiti Peking, Ding Jie, berkata ramai pesakit gagal mendapatkan jawapan mengenai penyakit mereka kerana doktor memiliki pengetahuan terhad mengenai penyakit pelik.

Kebanyakan penyakit seperti itu berpunca daripada genetik dan justeru sukar disahkan, lapor Xinhua memetik Ding sebagai berkata.

Selain itu, sukar untuk membuat pemeriksaan sesuai kepada pesakit untuk menerima rawatan mengikut masa kerana kekurangan ubat berkesan, kebanyakannya juga diimport dari negara lain.

Ubat pula biasanya mengambil masa lama untuk diluluskan dan dipasarkan, kata Ding.

Ada juga pesakit tidak menerima rawatan walaupun ubat import boleh diperoleh kerana ia terlalu mahal.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan, penyakit jarang ditemui membabitkan segelintir penduduk daripada 0.62 bagi setiap 1,000 orang hingga 1 dalam 1,000 orang.

Lebih 6,000 penyakit jarang ditemui disahkan setakat ini.

-Agensi

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon