Thursday, April 04, 2013

Gambar Seksi Emma Watson Untuk Majalah Lelaki


Pelakon Emma Watson berusaha melepaskan imej Hermione Granger yang dipegangnya dalam siri Harry Potter. Emma baru-baru ini telah tampil dengan aksi berani dalam sebuah majalah khas untuk lelaki.


Emma kelihatan sangat berbeza dalam majalah GQ terbitan Inggeris edisi Mei 2013. Di majalah tersebut, dia menjadi gadis nakal, seperti juga peranannya dalam filem terbaru garapan pengarah Sofia Coppola, The Bling Ring. Di filem tersebut, dia berlakon sebagai Nicki.

Wanita 22 tahun itu mengenakan pakain yang memperlihatkan kelangsingan perut dan pinggangnya. Pakaian singkat tersebut juga menunjukkan Emma memiliki tatu di pinggulnya.

Emma kini memang bukan lagi Hermione Granger. Dia telah menjelma menjadi wanita muda yang telah bersedia mencuba pelbagai peranan termasuk peranan sebagai wanita nakal dalam The Bling Ring.

"Karakter dalam filem ini benar-benar menjengkelkan saya, dia materialistik, dangkal, tidak bermoral dan sembrono. Dia memiliki semua sifat jahat itu dan menyedari saya membencinya. Bagaimana kamu boleh memainkan karakter yang kamu benci?," katanya dalam wawancara dengan GQ.

Namun karakter tersebut membuat Emma tertarik. Peranan baru itu memberikan wawansan baru dalam kariernya sebagai pelakon.

[Sumber]

Edited by SP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon