Wednesday, April 03, 2013

Filem Aksi G.I. Joe: Retaliation Ungguli Carta Box-Office


Filem aksi G.I. Joe: Retaliation mengungguli carta filem pecah panggung di Amerika Utara hujung minggu lalu sekali gus mengenepikan filem animasi The Croods.


Menurut industri perfileman, filem itu yang dibintangi Channing Tatum, Dwayne Johnson dan Bruce Willis memperoleh kutipan tiket sebanyak AS$41.2 juta (RM127.6 juta).

Filem The Croods yang mengisahkan kehidupan sebuah keluarga pada zaman prasejarah pula jatuh di tempat kedua dengan kutipan berjumlah AS$26.5 juta (RM82.1 juta).

Berada di tempat ketiga adalah filem Temptation yang memperoleh AS$22.3 juta (RM69.1 juta).

Filem G.I. Joe dan The Croods masing-masing diterbitkan oleh syarikat penerbitan filem, Paramount Pictures dan Dreamworks Animation.

Syarikat Lion Gate Entertainment menerbitkan filem Temptation.

-Reuters

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon