Thursday, April 11, 2013

Dayang Nurfaizah Tak Sanggup Jadi Andartu


Ramai di kalangan artis seusianya sudah mengacapi alam rumah tangga, namun berbeza buat penyanyi kelahiran Kuching Sarawak ini. Sehingga ke hari ini, pemilik nama Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 32, ini masih belum memikirkan soal jodoh.


Malah sepanjang penglibatannya dalam bidang seni, jarang dia digosipkan dengan mana-mana jejaka melainkan penyanyi popular, Anuar Zain. Akui masih belum punya kekasih hati, penyanyi Dayang Sayang Kamu ini, mengakui lebih selesa hidup membujang.

“Terus-terang sehingga kini, saya masih belum ada kekasih dan kerana sibuk membina kerjaya. Pasti ramai yang tidak percaya, tetapi inilah hakikatnya," katanya.

Akui Dayang, sikapnya yang pemalu dan pendiam membuatkannya sukar untuk mencari pasangan hidup.

“Saya tak tahu bagaimana nak memulakan perhubungan. Lagipun saya tak pernah letak soal itu (jodoh) sebagai keutamaan dalam hidup. Lagipun keluarga tak pernah desak saya untuk berkahwin," katanya.

Tidak meletakkan sebarang sasaran umur untuk menamatkan zaman solonya, Dayang berkata, dia juga tidak kisah digelar andartu kerana gelaran itu sudah tidak relevan di zaman yang semakin moden ini.

"Saya tak nak bujang sampai ke tua. Suatu hari nanti, saya nak kahwin juga. Cuma buat masa ini belum ada jodoh," kata Dayang yang tidak mahu kisah-kisah peribadinya mengatasi karier seninya.

-Sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon