Friday, April 19, 2013

Cara Melamar Kekasih Yang Unik Tapi Memalukan


Tatkala diri sudah siap sedia untuk mendirikan rumah tangga, tiada perkara yang lebih menggembirakan apabila pasangan anda telah bersiap sedia melamar anda.


Walaubagaimana pun, bukan semua lamaran untuk berkahwin berakhir dengan jawapan yang menggembirakan, malah ada yang dikecewakan. Nak tengok video lamaran mereka yang gagal, meh usha kat bawah ni..

Lamaran Di Gelanggang Bola Keranjang



Lelaki ini telah melamar kekasihnya di sebuah gelanggang bola keranjang semasa satu perlawanan antara Sacramento dan Houston sedang berlangsung. Para penonton yang melihat aksi lamaran tersebut telah memberikan tepukan gemuruh dan menanti aksi romantis pasangan tersebut.

Pengulas sukan juga kelihatan bersungguh-sungguh memberikan ulasannya. Walaubagaimana pun, kejadian yang mengecewakan berlaku apabila kekasih lelaki berkenaan menolak lamarannya sambil berkata, "Ini bukan waktu yang sesuai" sambil bergerak meninggalkan gelanggang sewaktu pasangannya masih lagi berlutut.

Untungnya, para penonton dan pemain tetap memberikan sokongan kepada lelaki malang berkenaan. Sebuah maskot kemudian muncul dan menenangkan lelaki tadi sambil membawanya keluar dari gelanggang.

Lamaran Di Medan Makan (food court)



Lelaki ini telah melamar teman wanitanya di sebuah medan makan yang sesak. Teman wanitanya kelihatan terkejut sambil beberapa kali menutup mulut.

Dalam proses itu, si pelamar juga telah membawa seorang pemain gitar untuk menyanyikan lagu romantis. Malangnya, sewaktu si pelamar menghulurkan cincin, teman wanitanya bergerak meninggalkan si pelamar tanpa berkata sepatah pun.

Sudah tentu orang ramai yang melihat kejadian tersebut kebingungan dan si pelamar turut berasa malu.

Lamaran Di Pertemuan Keluarga



Tiada siapa sangka bahawa wanita ini masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Sewaktu majlis pertemuan keluarga, dia mengajak teman lelakinya untuk turut serta.

Si teman lelaki kemudiannya meminta sedikit masa untuk memberikannya peluang untuk mengucapkan terima kasih kerana telah diterima di dalam keluarga tersebut dan mendapat respon yang sungguh hebat.

Si teman wanita hanya kelihatan tersenyum dan merasa gembira. Ketika si lelaki memulakan langkah untuk melamar, raut wajah si wanita terus berubah. Dia terdiam dan bangun meninggalkan kekasihnya begitu sahaja.

Lamaran Di Konsert Muzik



Di tengah-tengah lautan manusia yang tidak dikenali, si lelaki ini telah melamar teman wanitanya yang sejak dari awal berasa tidak selesa dengan kejutan itu.

Walaubagaimana pun, si lelaki masih tidak berputus asa dan terus menunjukkan kegigihannya. Si teman wanita telah berkali-kali memintanya berdiri malah dia enggan dan terus menyarungkan cincin sehingga membuatkan teman wanitanya kelihatan kesal.

Sayangnya, tiada imej yang jelas mengenai proses penolakkan lamaran tersebut. Tapi jelas, si lelaki telah dimalukan di hadapan orang ramai dengan penolakan yang menyakitkan hati.

Lamaran Teman Wanita Kepada Teman Lelaki



Jika kebiasaannya, kaum lelaki yang melamar kaum wanita, namun video ini menunjukkan kaum wanita yang melamar si lelaki.

Dikatakan, pasangan ini baru memulakan hubungan kira-kira 6 bulan yang lalu. Dengan kekuatan cinta yang luar biasa, si teman wanita memberanikan diri melamar teman lelakinya.

Dalam video ini jelas wanita tersebut kelihatan gugup namun bersemangat. Setelah menyuarakan isi hatinya, si teman lelaki mengeluarkan kenyataan yang mengejutkan iaitu "I am a gay!".

Hancurlah segala proses lamaran teman wanitanya dengan kekecewaan sambil teman lelakinya bergerak meninggalkannya.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon