Wednesday, April 03, 2013

Beyonce Pecat Bapa Sendiri Selaku Pengurus?


Pada 2011 selepas bekerjasama selama hampir dua dekad, Beyonce mengumumkan bapanya, Matther Knowles akan meletak jawatan selaku pengurusnya.

Knowles bersama Matthew beberapa tahun lalu.

Meskipun ketika itu mereka bertegas menyatakan hubungan peribadi antara mereka kekal utuh, terdapat laporan mendakwa sebaliknya.

Dua tahun selepas penyanyi Single Ladies itu mengumumkan keputusannya, Knowles, 62 mendedahkan, dia begitu kecewa dengan pengumuman itu.

Bercakap kepada akhbar The Sun kelmarin, Knowles berkata: “Terlalu sukar bagi saya untuk melepaskannya. Sukar bagi kami untuk memutuskan hu­bungan profesional kami. Tapi biarkan saya menjelaskannya di sini. Bukan dia yang menyuruh saya pergi. Sebaliknya, kami memutuskan bersama untuk berpisah. Ia perbezaan yang besar,” kata bapa Beyonce itu.

Bagaimanapun, menurutnya, perpisahan itu adalah perkara biasa, sama seperti dalam perjanjian perniagaan lain. “Yang menyedihkan, ia membabitkan bapa dan anak. Ia sungguh rumit,” katanya.

Knowles mula menjadi pengurus Beyonce ketika penyanyi itu masih menganggotai kumpulan pemenang anugerah Grammy, Destiny’s Child sebelum dia melancarkan karier solonya pada 2003.

Kenyataan pada 2011 yang dikeluarkan Beyonce mengenai perpisahan perniagaan dengan bapanya berbunyi: “Saya menghargai apa yang telah diajarnya kepada saya. Saya membesar melihat dia dan ibu saya mengurus dan memiliki perniagaan mereka sendiri.

“Mereka pengusaha yang tekun dan saya akan mengikuti jejak lang­kah mereka.”
Meskipun menyimpan sedikit rasa kecewa, Knowles mengaku dia bangga dengan persembahan sensasi yang diberikan Beyonce pada majlis mengangkat sumpah Presiden Barack Obama.

Harapannya satu hari nanti dia akan dapat mengurus semula karier Beyonce. Tetapi buat masa ini, kata Knowles, dia mahu menumpukan perhatian kepada peranan sebagai datuk kepada anak Beyonce, Blue Ivy dan seorang lagi cucu, Julez.

Februari lalu, Beyonce mendedahkan, keputusan untuk memutuskan hubungan profesional dengan Knowles adalah pilihan paling sukar pernah dibuatnya.

“Antara perkara paling sukar pernah saya lakukan ialah membiarkan dia (bapa) pergi. Seseorang yang anda sayang, seseorang yang memberikan anda kehidupan. Seseorang yang melakukan kerja yang menakjubkan. Ia memang sukar,” kata penyanyi berusia 31 tahun itu dalam rancangan Oprah Winfrey.

“Ia adalah sebahagian daripada kehidupan dan sebahagian daripada jalan ke arah kedewasaan. Saya terpaksa memberitahu diri saya kita perlu menjadi dewasa dan meneruskan apa yang telah disediakan oleh bapa kamu,” katanya.

-Hmetro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon