Bahaya Pakaian Ketat Dalam Kapal Terbang | Sentiasa Panas
Home » Cerita Menarik » Bahaya Pakaian Ketat Dalam Kapal Terbang

Bahaya Pakaian Ketat Dalam Kapal Terbang

Dulu, setiap kali menaiki kapal terbang, ia ibarat sesuatu yang cukup menggembirakan dan amat teruja. Justeru, pakaian dan apa saja yang dibawa haruslah yang terbaik.

Gambar hiasan

Namun, dengan tawaran harga murah dari syarikat penerbangan, sesiapa saja kini boleh menaiki kapal terbang. Justeru, peraturan pemakaian juga tidak dikenakan sekali gus menyebabkan ada penumpang memakai sesuatu yang tidak sesuai terutama pakaian.

Demi keselesaan dan kesenangan ketika menaiki pesawat, tip kali ini menyenaraikan beberapa perkara yang tidak harus dipakai ketika menaiki kapal terbang.

Pakaian kulit yang ketat. Tidak hanya bahan kulit, usah menggunakan pakaian nilon kerana ia membuatkan kulit anda tidak bernafas seperti jaket kalis air.

Di dalam pesawat, udara kering dengan tingkat kelembapan rendah sehingga boleh mencapai 10 peratus. Jenis pakaian daripada kulit membuatkan anda tidak boleh bernafas dan kulit kering.

Jaga kelembapan tubuh anda dengan mengenakan pakaian sesuai yang diperbuat daripada bahan kapas. Selain membuatkan kulit anda lebih mudah bernafas, bahan kapas mudah menyerap peluh.

Pakaian yang ketat juga boleh menyebabkan ‘deep vein thrombosis (DVT) atau pembekuan pembuluh darah. Kesan DVT amat berbahaya kerana boleh memberi kesan kepada paru-paru.

Biasanya DVT terjadi akibat duduk dalam dalam waktu yang lama.

Pakaian tipis dan terlalu terbuka. Di dalam pesawat, suhu menjadi sejuk dan ada kalanya tubuh tidak dapat menahan keadaan itu terutama ketika penerbangan yang panjang.

Jangan terlalu mengharapkan selimut di pesawat kerana tidak semua syarikat penerbangan menyediakannya.

Justeru, jika ada jaket, ia sudah boleh menghangatkan anda. Jika anda tidak sejuk, cukup sekadar membuka jaket anda.

Kenakan seluar panjang agar kaki tidak kedinginan. Pakaian terbuka membuatkan anda kesejukan. Selain itu, tidak semua penumpang selesa melihat orang lain mengenakan pakaian yang terlalu terbuka.

Kasut yang tidak selesa. Mungkin ini saranan yang sudah biasa terutama membabitkan kasut tumit tinggi.

Kasut sedemikian pastinya menyusahkan anda jika terpaksa berlari kerana terlewat daftar masuk atau bertukar ke pesawat berikutnya.

Kabin pesawat juga bukanlah pentas peragaan untuk model. Justeru, anda tidak perlulah mengenakan kasut bertumit tinggi yang runcing. Gunakan kasut yang selesa dan memudahkan anda berjalan.

Jangan gunakan kasut yang banyak tali atau kasut but yang memakan masa untuk dibuka kerana di beberapa lapangan terbang, anda perlu membuka kasut ketika melintas di mesin pengimbas logam.

Kasut kadang membuatkan penggera berbunyi sehingga perlu dimasukkan ke mesin X-ray.

Kanta lekap. Dalam penerbangan yang mengambil masa yang panjang iaitu melebihi 8 jam, ada baiknya anda menggunakan kaca mata daripada kanta lekap.

Turunnya kelembapan di dalam pesawat membuatkan mata anda tidak selesa dengan kanta lekap. Jika dibiarkan, ia boleh mengakibatkan mata kering dan gatal.

Di penerbangan yang pendek, titiskan cairan khas untuk pengguna kanta lekap secara berkala pada mata anda.

Minyak wangi dengan aroma berlebihan. Tidak semua orang tahan dengan aroma minyak wangi yang menyengat. Bahkan, ada sesetengah orang alahan terhadap minyak wangi. Anda mungkin tidak mahu orang di sebelah anda bersin tidak berhenti-henti.

Justeru, kenakan minyak wangi selepas turun dari pesawat. Sedikit cologne bayi ataupun ‘body mist’ dengan aroma yang lembut sudah memadai.

Perhatikan juga sebaliknya di mana anda boleh mengenakan deadorant sebelum naik pesawat. Bau badan hanya membuat penumpang lain menderita.

-Sumber Google

0 comments :

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN.

SEKALIPUN KOMEN ANDA TIDAK TERBALAS DISINI, INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA..

JUMLAH ARTIKEL: