Wednesday, April 17, 2013

Artis Hollywood Tutup Payudara Dengan Pita Pelekat


Beberapa artis Hollywood beranggapan bahawa baju dalam sangat mengganggu penampilan. Jadi, mereka menggunakan benda lain untuk menutup dada mereka, salah satunya dengan pita pelekat!

Seperti apa la penampilan 'binatang-binatang' Hollywood ini dengan pita pelekat di dada? Adakah trend ini layak ditiru? Selamat membaca!

Nicki Minaj


Rapper ini memang tak pernah ragu-ragu untuk menampilkan sesuatu yang kontroversi, termasuk tampil seksi dengan pita pelekat. Kostum ini digayakan Nicki Minaj dalam video klip terbarunya yang bertema emas. Lihat bagaimana dia menampilkan payudaranya yang hanya ditutup dengan pita pelekat berbentuk bintang.

Lady Gaga


Nicki Minaj bukanlah orang pertama yang menampilkan fesyen ini. Lady Gaga juga selalu tampil dengan baju transparan, tanpa baju dalam! Dan Lady Gaga merasakan pita pelekat berwarna putih adalah pilihan yang menarik.

Rihanna


Tiada yang akan hairan jika Rihanna pun tersenarai kedalam senarai artis pita pelekat. Sebabnya, penyanyi lagu Umbrella ini memang dikenali kerana selalu mengirim gambar-gambar yang seksi. Dia juga tidak mahu ketinggalan mengikuti trend pita pelekat ini. Dan pita pelekat berbentuk bintang merah muda seolah-olah menjadi pilihan yang sempurna baginya.

Amy Smart


Dalam filem CRANK yang dibintanginya bersama Jason Statham, Amy Smart memang dituntut untuk sentiasa tampil seksi. Berbagai adegan seks di dalamnya termasuk sentuhan unik ini. Ingin tahu aksinya? Anda kenalah menonton filemnya sendiri!

Taylor Momsen


Rocker Taylor Momsen memang kerap mengenakan pakaian yang super seksi. Enggan memakai baju dalam, dia lebih rela memilih pita pelekat untuk melindunginya dari wardrobe malfunction. Dan beginilah penampilan Taylor!

Kelly Osbourne


Sekilas pandang, penampilan Kelly Osbourne memang kelihatan sopan. Namun jika diperhatikan  dengan teliti, anda akan terkejut apabila mengetahui bahawa pakaian yang dikenakannya adalah transparan. Namun, puteri Ozzy Osbourne langsung tidak risau jika buah dadanya dilihat semua orang. Ini kerana dia telah mengenakan pita pelekat hitam untuk menutupinya.

Naomi Campbell


Baju seksi yang digayakan Naomi Campbell memang sangat berbahaya! Kenapa tidak, silap gerakan saja buah dada bintang ini akan 'tersembul' di depan khalayak ramai. Dia juga tidak mengenakan baju dalam kerana akan merosakkan gaya penampilannya. Untuk mengatasi 'masalah' itu, Naomi mengenakan pita pelekat dengan warna senada untuk mencegah buah dadanya daripada dilihat oleh orang lain.

Pink


Pink adalah seorang pemuzik yang sentiasa percaya diri dengan penampilan diri. Tidak hairanlah jika keyakinan sentiasa terpancar diwajahnya kerana dia sentiasa yakin baju transparannya ini 'selamat' kerana pita pelekat berwarna hitam yang sentiasa melindungi buah dadanya.

BACA INI JUGA: 10 Aktor Dengan Bayaran Paling Mahal 2016

Sumber: tabekpuang

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon