Wednesday, April 03, 2013

Anak Lelaki Heidi Klum Hampir Mati Lemas


Model terkenal dari Jerman, Heidi Klum terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan seorang anak lelakinya yang hampir lemas semasa mereka bercuti di Hawaii, lapor media Amerika Syarikat kelmarin.


Klum yang turut popular menerusi rancangan televisyen realiti, Project Runway berkata, anak lelakinya itu, Henry, berusia tujuh tahun dan dua orang pengasuhnya dihanyutkan ombak besar di Pulau Oahu pada 31 Mac lalu.

"Sebagai seorang ibu, saya berasa amat bimbang dengan anak saya selain setiap orang yang berada di dalam air," katanya kepada majalah US Weekly menerusi kenyataan eksklusif.

Menurut Klum, Henry merupakan seorang perenang yang kuat dan dia kemudian mampu berenang ke tepi pantai.

Seorang pengawal peribadi Klum yang juga kekasihnya turut membantu menyelamatkan Henry dan dua pengasuh Klum itu.

-AFP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon