Wednesday, April 03, 2013

Album Latin Julio Iglesias Paling Laris Di Dunia


Pihak Guinness World Records mengiktiraf penyanyi terkenal kelahiran Sepanyol, Julio Iglesias sebagai artis yang mempunyai album paling laris di dunia.

Iglesias (kiri) menerima sijil pengiktirafan Guinness World Records 
untuk artis Latin yang mempunyai album paling laris di dunia.

Bintang berusia 69 tahun itu menerima anugerah berprestij tersebut di Beijing. Iglesias mencapai kejayaan besar melalui jualan lebih 300 juta unit di seluruh dunia.

"Mungkin di England, saya tidak menyanyi di hadapan 30,000 penonton pada 30 tahun lalu tetapi saya kini masih boleh membuat persembahan di England," katanya.

Bapa kepada penyanyi terkenal, Enrique, 37, itu turut menerima anugerah Artis Antarabangsa Paling Popular di China daripada syarikat rakamannya, Sony.

Dia kini sibuk menjayakan konsert jelajah di beberapa negara Asia termasuk Filipina, Korea Selatan, China, Singapura dan Taiwan.

Dia sebelum ini pernah menyanyi dalam bahasa Mandarin di Shanghai.

-AFP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon