Saturday, April 13, 2013

Adele Penyanyi Muda Paling Kaya Britain


Penyanyi Adele telah diberikan gelaran penyanyi muda terkaya Britain apabila dia berjaya mempunyai nilai aset sebanyak RM140 juta (£$30 juta).


Menurut laporan portal Femalefirst, penyanyi berusia 24 tahun itu telah disenaraikan antara penyanyi terkaya pada usia bawah 30 tahun menerusi Sunday Times' Rich List 2013.

Pada tahun lalu Adele diisytiharkan mempunyai harta bernilai RM93 juta (£$20 juta).

Cheryl Cole pula menduduki tempat kedua dengan memiliki nilai harta berjumlah RM65 juta (£$14 juta) manakala Leona Lewis dan Katie Melua masing-masing memiliki nilai harta RM56 juta (£$12 juta)

Florence Welch menduduki tempat kelima dengan mempunyai aset bernilai RM42 juta (£$3 juta).

-mStar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon