Monday, March 18, 2013

Tulang Gajah Purba Berusia 12,000 Tahun Ditemui


Sekumpulan pekerja Muzium Sejarah Semula Jadi El Salvador menemui rangka tulang seekor gajah purba di Sungai Tomayate, di sini pada Februari lalu.

Dua pekerja Muzium Sejarah Semula Jadi El Salvador berdiri 
dekat rangka tulang gajah purba di Sungai Tomayate, Apopa.

Haiwan itu dipercayai pupus kira-kira 12,000 tahun lalu.

Sekumpulan pekerja muzium itu membersihkan tulang-tulang tersebut daripada debu dan tanah.

Tulang-tulang itu ditemui selepas kerja-kerja penggalian dilakukan di kawasan tersebut.

Beberapa pegawai berkata, pakar-pakar hidupan purba kini meneruskan usaha untuk mencari fosil-fosil kehidupan haiwan lain di kawasan itu.

-Agensi

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon