Wednesday, March 27, 2013

Tiger Woods No 1, Kembali Bertakhta!


Bintang golf Amerika Syarikat, Tiger Woods merampas kembali takhta No. 1 dunia buat kali pertama semalam selepas beberapa tahun bergelut dengan skandal peribadi dam masalah kecederaan.


Woods, 37, memintas bintang muda Ireland Utara, Rory McIlroy untuk menerajui ranking teratas buat kali pertama sejak 31 Oktober 2010 selepas merangkul kejuaraan Jemputan Arnold Palmer di Lapangan Golf Bay Hill.

“Ia mudah sahaja, saya bermain baik dan dapat pulangan baik. Ia tentang kerja keras dan kesabaran," ujar Woods, yang membawa pulang hadiah kemenangan AS$1.08 juta (RM3.35 juta) selepas menutup pusingan akhir dengan dua bawah par 70.

Woods, yang mengetepikan Justin Rose menerusi kelebihan dua pukulan sebelum ini pernah memegang rekod menerajui takhta dunia selama 623 minggu.

Namun sudah hampir tiga tahun dia tidak berada pada kedudukan itu ekoran skandal peribadi yang membelenggu kariernya, selain dihimpit masalah kecederaan. Malah, Woods pernah terhumban sehingga ke ranking 58 dunia pada 11 November, 2011.

Kemelut Woods bermula pada 2009 apabila akhbar tabloid Amerika Syarikat mendedahkan skandal seks bintang golf itu dengan beberapa wanita, yang kemudian membawa kepada kehancuran rumahtangganya. Woods juga mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan berhampiran rumahnya.

Keadaan pemilik 14 kejuaraan utama itu bertambah buruk bukan sahaja kerana prestasinya mula merosot, malah beberapa penaja utamanya turut menamatkan kontrak mereka.

Woods kembali ke lapangan golf pada kejohanan Masters, April 2010 namun ketika itu dia sudah bercerai dengan isterinya, Elin Nordegren dan bergelut untuk memperbaiki keadaan yang sudah menjadi semakin kusut.

“Perkara pertama yang saya lakukan untuk cuba bangkit adalah dengan memastikan saya sihat. Sebaik sahaja saya berada dalam keadaan yang bagus, maka permainan saya juga secara sendiri menjadi baik. Saya menang enam jelajah dalam beberapa tahun dan itu bukan sesuatu yang teruk," ujar Woods lagi.

Dia menamatkan cabaran dengan bogey di lubang 18 tetapi itu tidak menggugatnya untuk mencatat kemenangan menerusi 13 bawah par 275.

“Saya mula memenangi kejohanan demi kejohanan. Saya menang beberapa pertandingan golf sejak beberapa tahun lalu dan itu membantu saya melonjak ranking," katanya.

-AFP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon