Thursday, March 21, 2013

Tiger Woods Dan Juara Peluncur Ski Dunia Hangat Bercinta


Selepas beberapa bulan tersebarnya khabar angin, bintang golf, Tiger Woods akhirnya mengesahkan hubungan cintanya dengan juara peluncur salji dunia, Lindsey Vonn.

Lindsey Vonn

Lebih menarik lagi, wanita itu mirip bekas isterinya, Elin Nordegren. Woods mengesahkan hubungannya itu dalam laman Facebooknya yang mempunyai 2.7 juta ‘like’.

“Musim ini amat memberangsangkan setakat ini dan saya gembira menang di Torrey dan Doral. Apa yang menggembirakan di luar padang ialah hubungan saya dengan Lindsey Vonn.

“Kami sudah lama berkawan tetapi sejak beberapa bulan lalu semakin intim dan kini kami adalah pasangan kekasih.”

Juara golf itu turut menyiarkan beberapa gambar dia dan Lindsey, 28, yang sebelum ini pernah berkahwin selama empat tahun dengan Thomas Vonn tetapi bercerai Januari lalu.

Dalam laman Facebooknya pula, Lindsey menulis: “Mungkin sudah bukan rahsia lagi. Ya, saya berpacaran dengan Tiger Woods. Bermula dengan berkawan, kini kami bercinta dan saya amat gembira.” Woods menceraikan Elin, 33, pada 2010 selepas berkahwin enam tahun.

-Agensi

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon