Tuesday, March 05, 2013

Tahniah! Hanya 3 Jam Hapuskan Penceroboh Sepenuhnya!


Setakat yang diketahui ketika ini, segala operasi di Lahad datu sudah hampir ke penghujung. Dengar kata, tidak ada satu kehilangan jiwa pun di pihak Angkatan Tentera Malaysai (ATM).


Tentera memulakan serangan jam 7 pagi dalam lingkungan 10 pagi, pencerobohan berakhir.

Serangan dimulakan dengan pengeboman oleh jet pejuang diikuti dengan serangan mortar sebelum pasukan darat tentera dan polis bergerak masuk.

Bekas Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd Said berkata, hari ini terbukti bahawa kemampuan ATM dapat dilihat bila wujud keperluan untuk pihak itu bertindak.

“Bila tiba masanya, kita akan gunakan semua aset yang ada untuk melawan musuh, terbukti hari ini, kita dapat laksanakan bila tiba masanya,” katanya.’

Beliau memberitahu demikian ketika dihubungi pihak TV3 pagi ini.

Tahniah!

Mesej: Jangan pandang rendah askar kita.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon