Thursday, March 14, 2013

Singapura Akan Lupus Jet Pejuang F-15 Dan F-16!


Singapura kini di peringkat akhir menilai kemampuan jet pejuang F-35 Joint Strike Fighter untuk menggantikan jet F-15 dan F-16.

Pesawat pejuang F-16

Dalam kenyataan kepada Parlimen kelmarin, Menteri Pertahanan, Ng Eng Hen berkata, kerajaan juga mencari pengganti sesuai untuk kapal selam negara itu dalam usaha mereka meningkatkan keupayaan ketenteraan.

Setakat ini, Singapura dianggap negara memiliki kelengkapan ketenteraan terbaik di Asia Tenggara. Menurut Ng, walaupun jet F-35 masih dibangunkan, Singapura tetap berminat mendapatkannya untuk keperluan masa depan.

“Jet F-35 akan menjadi pesawat tempur barisan depan dalam operasi akan datang,” katanya.

Rakaman kenyataan itu diposkan di laman sesawang kerajaan semalam.

Ng berkata, pesawat pejuang F-15 keluaran Boeing yang dimiliki Singapura ketika ini “menghampiri tempoh akhir hayat operasi,” manaala F-16 Lockheed Martin berada di peringkat pertengahan. “Untuk jangka panjang, Tentera Udara Republik Singapura mengenal pasti jet F-35 sebagai pesawat sesuai dalam proses pemodenan negara.

“Kerajaan dalam peringkat akhir menilai kemampuan jet berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

-AFP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon