Saturday, March 23, 2013

Simon Cowell Cari Penyanyi Berbakat Di YouTube


Selebriti terkenal, Simon Cowell kelmarin melancarkan satu inisiatif dengan mencari bakat penyanyi menerusi pertandingan yang diadakan secara dalam talian.


Cowell yang terkenal dengan penerbitan program pencarian bakat nyanyian seperti X Factor itu mengundang bintang-bintang 'terpendam' di seluruh dunia untuk menghantar klip video persembahan mereka di laman YouTube.

Pertandingan yang dikenali sebagai The You Generation itu akan diadili oleh para pencari bakat yang bekerja dengan syarikat penerbitan Cowell.

Cowell menganjurkan pertandingan itu yang diadakan menerusi kerjasama dengan syarikat elektronik Jepun, Sonny.

Sebelum ini bakat penyanyi terkenal, Justin Bieber dicungkil menerusi persembahannya yang dibuat menerusi klip video di YouTube.

-AFP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon