Sunday, March 31, 2013

Sikap Besar Kepala Jennifer Lopez Memakan Diri


Akibat bersikap terlalu `diva’, Jennifer Lopez atau J-Lo digugurkan daripada mengadakan persembahan di hadapan 60 juta penonton sempena pembukaan Liga Perdana India.


Ia susulan tindakan J-Lo yang membuat permintaan `bukan-bukan’ kepada penganjur termasuk menyediakan pesawat khas dan bilik hotel untuk rombongannya termasuk pendandan rambut sendiri.

Selain itu, dia juga dilaporkan meminta disediakan tukang masak khas .

Penganjur yang mendapat tahu perkara berkenaan menyifatkan tuntutan tersebut sebagai amat melampau.

“Dia meletakkan harga yang terlalu tinggi untuk dirinya bagi majlis seperti ini. Ia merupakan satu langkah yang bodoh kerana peminat IPL adalah terlalu besar. Ia umpama persembahan pada Liga Super Bowl,’’ kata satu sumber.

Keadaan ini menyebabkan penganjur Pepsi IPL membatalkan tawaran berkenaan dan menempah rapper Pitbull untuk mengadakan persembahan tersebut.

Tahun lepas, penyanyi Katy Perry telah membuat persembahan di hadapan lebih 56 juta penonton pada pembukaan IPL.

Bagaimanapun wakil J-Lo menafikan selebriti itu digugurkan daripada membuat persembahan pada majlis berkenaan sebaliknya dia membatalkan persembahan itu kerana terlalu sibuk.

“Tarikh majlis persembahan itu sama dengan jadual rakaman albumnya,’’ kata jurucakap J- Lo.

J-Lo sebelum ini berulang kali menafikan dia bersikap diva sebaliknya memberitahu setiap senarai yang dikemukakan itu adalah untuk keselesaannya.

Pada 2010, tuntutan berlebihan yang dikemukakan pada rancangan American Idol hampir menjejaskan kerjayanya.

Dia dilaporkan meminta bayaran $20 juta dolar setahun termasuk jurumekap, pendandan rambut dan pasukannya sendiri serta bilik menukar baju sendiri.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon