Friday, March 29, 2013

Seorang Petani Berjaya Mencipta Kapal Selam Mini


Seorang bekas petani, Zhang Wuyi mencipta kapal selam mini kawalan jauh untuk menangkap hidupan marin di Wuhan, wilayah Hubei, China.


Wuyi, 38, yang berminat dalam penciptaan peralatan saintifik telah mencipta lapan kapal selam mini itu. Dia mencipta kapal selam tersebut bersama beberapa rakan juruteranya.

Salah sebuah kapal selam itu telah dijual kepada seorang ahli perniagaan di Dalian pada harga AS$15,855 (RM49,259) pada tahun 2011.

Kapal selam itu yang dicipta khas untuk menangkap hidupan marin boleh menyelam sedalam 20 hingga 30 meter.

Menurut media tempatan, kapal selam tersebut boleh bergerak selama 10 jam di dalam laut.

-Reuters

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon