Thursday, March 14, 2013

Satu-satunya Bank Yang Hanya Memiliki Seorang Pekerja


Seorang lelaki yang menguruskan sebuah bank koperasi di Jerman telah memastikan pengurusan kewangan penduduk sebuah kampung berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah dengan cara yang tersendiri.


Lelaki itu, Peter Breiter, 41, merupakan seorang pengurus bank yang luar biasa kerana dia tidak mengharapkan sebarang bonus yang besar, instrumen kewangan yang canggih dan tawaran kewangan berjuta ringgit.

Dia yang memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif bank itu berasa cukup bahagia dengan hanya menulis setiap transaksi keluar masuk kewangan dengan tangannya sendiri untuk 500 orang penyimpan di Gammesfeld, Jerman.

"Mengapa saya perlu menggunakan sebuah mesin pengeluaran wang automatik?" Mesin wang itu menelan belanja yang tinggi" kata seorang pelanggan, Friedrich Feldman.

Feldman berkata demikian ketika ditemui di sebuah bilik menunggu bersaiz kecil di bank tersebut. Dia hanya datang ke bank itu seminggu sekali untuk mengeluarkan wang.

Bank koperasi Raiffeisen Gammesfeld yang terletak di selatan Jerman itu merupakan salah sebuah daripada 10 buah bank terkecil. Ia merupakan satu-satunya bank yang diuruskan oleh seorang kakitangan sahaja.

-Kosmo

2 comments

  1. hal ini sangat luar biasa, pasti pekerjanya punya multitalented skills

    ReplyDelete
  2. Yang benar..Sifat ke iklasan dalam tugas adalah teras kejayaan beliau

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon