Wednesday, March 06, 2013

Ronaldo Mengaku 'Sedih' Singkir United


Cristiano Ronaldo mengaku berasa 'sedih' selepas jaringannya mencatatkan kemenangan 2-1 (3-2 agregat) ke atas Manchester United dalam pusingan 16 terakhir perlawanan kedua Liga Juara-Juara di Old Trafford, awal pagi tadi.


Real Madrid mara ke pusingan suku akhir setelah Ronaldo menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-69.

Pemain berusia 28 tahun itu yang bersama United selama enam musim disambut dengan baik sebelum perlawanan bermula dan tidak meraikan gol kemenangannya.

"Kedua-dua perlawanan merupakan satu detik emosi bagi saya terutamanya malam ini," katanya.

"Saya gembira dapat menolong pasukan tetapi juga sedih kerana Manchester United disingkirkan," katanya.

United mendahului perlawanan apabila cubaan Nani terkena Sergeio Ramos dan memasuki gol pada separuh masa kedua.

Bagaimanapun, Nani mendapat kad merah dan dibuang padang kerana cabaran berbahaya terhadap Alvaro Arbeloa pada minit ke-56.

Madrid berjaya mendahului perlawanan dengan jaringan dua gol dalam masa tiga minit oleh Luka Modric (minit ke-66) sebelum jaringan gol kemenangan Ronaldo.

-Agensi

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon