Wednesday, March 20, 2013

Rio Ferdinand Enggan Bermain Untuk Skuad England?


Rio Ferdinand melakukan kejutan apabila menarik diri daripada skuad England dalam persiapan menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2014 menentang San Marino dan Montenegro.


Tonggak pertahanan tengah Manchester United itu sebelum ini dipanggil menjalani latihan bersama skuad The Three Lions di bawah kendalian Roy Hodgson minggu lalu selepas hampir dua tahun diketepikan daripada tugasan antarabangsa berikutan masalah kesihatan dialaminya.

Begitupun, Ferdinand, 34, membuat keputusan menarik diri semalam kerana bimbang dengan program kecergasannya. Steven Caulker daripada skuad bawah 21 tahun England dipanggil bagi menggantikan tempatnya.

“Saya kecewa kerana Ferdinand tidak dapat beraksi bersama pasukan kali ini, tetapi disebabkan program latihan dan perubatannya, dia perlu mengikutinya. Saya akui tertarik dengan komitmennya untuk kembali menyarung jersi England dan harap dia boleh beraksi bersama pasukan pada masa depan,” kata Hodgson.

-Agensi

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon